Hari ni rasa terpanggil nak menulis dalam bahasa melayu.
Selalunya mesti tersasul english style sebab rasa sangat janggal (er ke ganjal?) bila tulis bahasa melayu. rasa skema gila la. bukannya hari-hari bercakap dalam english pun. memang bercakap bahasa melayu. tapi bila menulis, especially (opps! BM please!) bahasa tu jadi macam tunggang langgang. eh, ni bukan kes "i look stupid if i speak malay" okay!
Ok.
Berbalik kepada tajuk di atas.
Ada orang minta saya tulis tips untuk menurunkan berat badan.
Bukan lah nak biased (in malay apa?) nak promote product. tapi memang saya nak kongsi aktiviti harian yang saya buat untuk at least maintain kan berat badan.
Yes, dua tiga bulan kebelakangan memang rasa berat badan mendadak-dadak naik dengan jayanya sebab hari-hari jumpa client, bukannya kat tepi jalan ke, tepi bus stop ke, mesti kat cafe or kedai makan.
maka, bila jumpa kat kedai makan, mestilah nak order makanan. walaupun time tu dah siap lunch or dinner.
sebabkan, sangat pelik masuk kedai makan, tapi tak order makanan. pernah ke uols buat macam tu?
orang yang ambik order mesti tanya "Mau minum apa? mau makan apa?" Kita pun terpisat-pisat lah belek menu nak order french fries la, sandwich la, paling tak pun spring rolls. LOL!
Eh, panjang pulak mukadimahnya.
Mari kita tengok apa tips Puan Airin ni ye
This is a sharing basis based on my personal experience yer.
kalau rasa tak setuju, terpulang. setiap pengalaman berbeza dengan setiap orang.
cuma berkongsi pengalaman :)
1. Breakfast like a King, Lunch like a Queen & Dinner like a beggar
Maksudnya, breakfast tu mesti large portion. Then lunch tu medium; dinner tu sangat sedikit.
Berbalik kepada concept hidup. Bila pagi tu, kita kan baru nak mulakan hari, mesti guna tenaga banyak. jadi bila makan banyak awal pagi, mesti lah banyak kalori yang terbakar. tengah hari pun sama. dan bila malam, tenaga patutnya dah tak guna banyak sebab lepas tu nak tidur. maka, makan lah sedikit sahaja waktu malam ya.
2. Dont skip meals
Ye, ni sangat-sangat penting. kalau skip meal, nanti next meal selalunya CONFIRM makan large portion. sebab perut lapar, macam-macam lah nak. kalau tak makan malam pulak, esok bangun pagi je dah lapar. mesti nak cari nasi lemak lauk ayam goreng esok pagi nya kan kan kan? hehe(pengalaman diri sendiri, okay!)
3. Eat in small portion but frequently
Makan portion kecik je. tapi selalu. jangan biarkan perut kosong. perut mesti beralas. back to no 2, kalau perut lapar, bila jumpa makanan je jadi macam kebulur dah setahun tak makan. semua nak. semua nak order. huhu. tapi jangan lah makan junk food pulak nye.ish ish.. tak baik untuk kesihatan.
4. Cari sebab untuk berpeluh
Contoh : Parking jauh-jauh. Sejak my company ni melaksanakan siapa yang tidak menggunakan kereta keluaran syarikat, harus parking super jauh dari biasa. sejak tulah, saya terpaksa berjalan jauh (sehingga melecet kaki & rosak kasut-kasutku). dengan itu, berpeluh lah tiap-tiap pagi, tengahari kalau keluar makan dan juga petang waktu pulang.;
Contoh lagi : Aktiviti sihat bersama anak-anak. Berlari-lari anak mengejar mereka untuk suruh kemas bilik. atau waktu nak paksa Lissa mandi (she hates it so much! kalau hanie tu, suruh je mandi, laju je dah masuk dalam bathroom, siap buka baju seluar lengkap.)
Contoh lagi : Buat-buatlah tertinggal barang kat bilik atas, jadi terpaksalah panjat atas, sampai kadang-kadang dua tiga kali berlari naik turun tangga. (tapi selalunya bukan sengaja pun. memang pelupa. Dang!!! dah tua rupanya!!)
5. Reduce teh tarik consumption
ataupun minuman bersusu pekat manis ni. sebab utama punca lemah jantung, kencing manis, disebabkan kandungan gula dan lemak tinggi dalam badan. bila kita kurangkan minum minuman manis-manis, automatik kandungan gula turun. kandungan lemak turun.
6. Drink a lot of mineral water
Bukan Drinking Water ye, kawan-kawan. Belajar dari seminar kesihatan baru-baru ni, drinking water menyebabkan badan kita kehilangan mineral. Minumlah mineral water untuk replenish balik mineral yang hilang.
7. Do No 2 everyday
Detox. atau kata lain, membuang. hehe.
Sekurang-kurangnya sekali sehari. bayangkan kita makan je dah lebih sekali, jadi mestilah badan pun kena buang kandungan-kandungan tu lebih kurang sama dengan frequency kita makan. Baru balance, kan?
kalau sesiapa yang bermasalah ber"No 2" ni, boleh cuba Lactolite. Click here
8. If you are breastfeeding mom
Yss, dengan breastfeeding your baby, senang-senang je turun berat badan. tapi kena juga control. sebabnya bila menyusu ni, perut cepat lapar. kalau tahan makan tak boleh, nanti stok susu merudum. so kenala makan, tapi bukan kuantiti banyak, dengan kuantiti sikit dan berkali-kali. susu maintain, berat badan maintain, and even kadang-kadang boleh turun!
9. Have a quality sleep
Sangat-sangat penting. Tidur yang berkualiti ye, bukan tidur yang lama.
Ada bezanya. ade orang tidur, 8-12 jam sehari, tapi masih mengantuk dan lemah. Badan tak cukup energized. sebab nya tidur tak lena. bila tak lena, badan tak cukup untuk relax dan ganti sel-sel yang hilang/rosak. lepas tu mulalah mengantuk, especially lepas makan. jadi, tidur itu penting. tidur yang lena. badan pun jadi sihat dan segar.
10. Wear Premium Beautiful
Banyak sangat membantu untuk mengawal nafsu makan kita. untuk pemakan, like me, memang selagi boleh sumbat, memang sumbat. Jadi, bila pakai corset ni, perut tidak boleh berkembang dengan jayanya. of course la kita dah tak boleh makan banyak dah. senak perut. ni baru praktik sunnah Rasulullah. Berhenti sebelum kenyang. kan? dah dapat pahala kat situ ;) Nak tau detail? Click here
Ok, tu je kot yang saya boleh sharekan.
Kalau ada yang nak tambah based ono uols nyer experience, silakan :)
sharing kan caring ;)
Have a great weekend!!
2 comments:
paling penting.. makan tidak melebihi calorie yg badan kite perlukan... kalau terlebih.. kene exercise.. untuk dapatkan calorie dificit..
:)
airin dah kurus.. tkyh kurus kurus lagi
betul tu bibi.
check and balance
kalau terlebih, kena kurangkan.
kalau x cukup, kena tambah :)
kena maintain kurus, bibi. kalau tak jaga, bley gemukss.huhu
Post a Comment