Wednesday, July 13, 2016

TIPS Makeup Kekal Lebih Lama

Hye All

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua.

Bila musim perayaan ni, sepanjang kita keluar beraya rumah sanak saudara, mesti nak kelihatan cantik menawan sepanjang hari kan? Jadi, harini airin nak kongsi tips supaya makeup kekal lebih lama. Enjoy your reading!

tips makeup kekal lebih lama


Pernahkah anda terfikir bagaimanakah selebriti-selebriti wanita dapat mengekalkan makeup mereka untuk tempoh yang panjang? Satu lagi contoh adalah bagi pengantin perempuan yang seharian mengenakan makeup. Ya, tentu sekali kerana mereka menggunakan khidmat jurusolek profesional atau makeup artist, tetapi apakah makeup tips & tricks yang juga boleh kita ikuti untuk mendapatkan hasil solekan yang kekal lama ini? Let’s check this out :
1. Pertama sekali adalah dengan menggunakan produk kosmetik yang berkualiti dan dipercayai ramai. Jika anda ingin mendapatkan hasil solekan seperti jurusolek profesional, gunakan juga produk yang digunakan oleh mereka.
2. Untuk asas makeup, gunakan foundation yang berasaskan air sebelum anda menyapu bedak asas untuk hasil yang tidak berminyak dan tentu sekali, tahan lebih lama.
3. Sama juga untuk solekan pada mata, gunakan eyeshadow yang berwarna lebih lembut sebagai asas sebelum anda menyapu eyeshadow yang lebih gelap.
tips makeup tahan lama
4. Gunakan eyeliner dan mascara waterproof. Sebelum anda menggunakan mascara, gunakan eye lash curler terlebih dahulu. Dan rahsia untuk hasil bulu mata yang lentik lebih lama adalah dengan memanaskan eye lash curler tersebut menggunakan hair dryer sebelum menggunakannya pada bulu mata.
 
5. Bagi solekan bibir, gunakan skrub bibir terlebih dahulu, kemudian sapukan lip balm sebelum anda menyapu lipstick. Sapukan bedak dengan tipis selepas sapuan lipstick yang pertama dan kemudian sapukan lipstick sekali lagi.
 
Selamat mencuba!
xoxo,
Airin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...