Thursday, January 7, 2016

11 Sebab Kenapa Pasangan Suka Travel Punyai Hubungan Lebih Erat

Terbaca Kak Filla punya entry about travelling boleh eratkan hubungan antara husband and wife. (Click here for her entry)
Agree?
Definitely!!

Tiru cam kak Filla - Gambar Sekadar Hiasan ;)
(Traveled to Seoul, Han River Cruise)
So let's do my version of 11 sebab Kenapa Pasangan Suka Travel Punyai Hubungan Lebih Erat.

1. Trust

Apabila pasangan bersama-sama di tempat asing, inilah peluang untuk mereka mengenali 'diri mereka' yang sebenar dengan lebih dekat dan saling percaya antara satu sama lain. Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi. 
 
 
Airin
Setuju. Bila di tempat asing, trust paling penting. Memanglah bila dah kahwin tu kena trust one another. tapi ni mcm trust yg dibina perlu diasah. If kt rumah, daily routine, hari2 pun kita tau it's almost gonna be the same kan?
Contoh terbaik, masa kat Gold Coast Movie World. I know husband jenis yang gayat and takut tempat tinggi, apatah lagi roller coaster. So masa tu, en rosman trust me so much, that we went on a roller coaster ride of Scooby Doo. Those yang penah naik, this indoor ride memang terbaek!! berpatah balik ke belakang la, turun jatuh la ape la. memang syok, for me. but mr husband, pucat dah muka dia. so masa tu, I know, he trusted me sooo well bila I cakap ride ni train budak2 je, train cartoon. and dia percaya. sorry en husband.hehe. now I tau u trust me 100% (eh ke dah kurang sbb kejadian ini?)
 

2. Hormat Kelemahan Dan Kekuatan Masing-Masing

Bila nak pergi travel, tentu banyak persediaan yang diperlukan sebelum dan sewaktu perjalanan. Di sinilah mereka belajar untuk menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan pasangan. Contoh, pasangan yang berani akan memberi moral support kepada pasangan yang ingin memcuba sesuatu yang baru, menyimpan barangan pasangan yang cepat pelupa dan banyak lagi.

Airin

For us, my husband memang tak berani tempat tinggi or naik rollercoaster. Disebabkan itew, maka, saya respect keputusan dia untuk menjadi penjaga bag yg setia + tukang amik gambar masa saya dan kawan2 yg tak berapa ramai yg berani naik rollercoaster. (Superman Roller coaster in Movie World Gold Coast memang terbaek!)

3. Romantik

Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan masing-masing.

Airin

Romantic, my husband yes, a bit romantic (or let me rephrase it with my own word : "manja") lebih dari myself. Sejak dah anak dua ni, kalu jalan, iols memang jalan laju, dah kena sound dgn husband sendiri, sebab menonong tinggalkan kekasihku di belakang. hehe. So if romantic tak berapa sangat la, tapi more like trip refreshes our relationship.

4. Keluar Dari 'Comfort Zone'

Setiap perjalanan menjanjikan pengalaman baru. Kamu keluar dari melakukan sesuatu yang rutin dari kehidupan kamu berdua dan meneroka tempat-tempat baru bersama-sama dengan selesa, kerana dia ada di sisi kamu.

Airin

Oh ni memang betul. I love to read maps and also organize and plan stuff. Usually if going for a trip, my husband ikut je (secara membuta tuli) sebab usually I plan and set everything. from hotel, to itinerary to what to eat, what to do next. All in. eish, macam control freak plak kan? hahaha. Biar la, asalkan as per my plan. hehehe
So bila pergi tempat baru, everything lain dari kebiasaan. masa tu nak try adapt. tengok peel and perangai orang luar. Belajar budaya kat sana; ie Korean sangat mementingkan masa. diorg tau nak cepat je. if uols berada di laluan diorg, confirm berlanggar bahu. xde masa nak elak kot.
Australian plak relax and cool. boleh je borak2 or Tanya khabar. kalu dapat migrate kat gold coast, kan best? kan? eh lari topic plak.

5. Nafas Baharu Dalam Perhubungan

Ini adalah peluang kepada kamu untuk memulihkan semula hubungan yang dingin atau menguatkan lagi rasa sayang antara satu sama lain. Travel memberi peluang kepada kamu untuk meluangkan masa berdua tanpa gangguan sesiapa. 

Airin

Like I mentioned earlier, yes, trip refreshes our relationship. kadang2 daily routine memang tak sempat nak borak2 sangat, either sebab busy or penat. tp bila pegi trip, of course dpt spend more time together (more time bergaduh? hehe)

6. Belajar Berkongsi Tanggungjawab

Tentu kamu membahagikan tugasan dan tanggungjawab supaya dapat meringankan beban masing-masing. Melalui cara ini, kamu dapat menjadikan pengembaraan lebih menyeronokkan dan mudah. Hal ini pasti akan menjadi kebiasaan dan diaplikasi dalam hubungan kamu dalam rumah tangga.

Airin

Bahagi tugas? my husband usually tugas dia : Driving.
Me? other than that. huhuhu.

7. Rasa Selesa Antara Satu Sama Lain

Selain dapat tengok perangai yang sebenar, kamu dapat melihat diri 'sebenar' pasangan yang keluar dari kehidupan yang formal. Melihat 'muka busuk' waktu bangun pagi, tak gosok gigi atau kehabisan sabun, minyak wangi, masa inilah untuk kamu luangkan bersama dia dengan selesa.

Airin

Hmm ni betul. once kita travel with people, we will know their own perangai and peel. Alhamdulillah, husband ok with me yg control freak ni kan? if travel ramai2 pun boleh tahu perangai kawan2 kita, mana yg bertolak ansur, mana yg berkira, mana yg selfish.

8. Berkongsi Minat Yang Sama

Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel 'minat' yang paling mudah dan paling sernok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti.

Airin

Minat? Of course makan! shopping depends. tapi makan tu nombor satu lah. other than that, scenery. suka sangat tgk tempat cantik2 ni. dulu2 dia suka bebel asek kena snap my pix je. now dia dah terbiasa and willingly to be my official photographer.hehe

9. Ada Untuk Satu Sama Lain

Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan?

Airin

G toilet pun suh dia tunggu luar pintu. scary kot kalu ade orang jahat ke, mana kita tau kan?

10. Bukan Sekadar Pasangan, Tapi Kawan Baik!

Berkongsi pendapat, ketawa, bercakap, dan bersenang-senang dengannya atau mungkin bergaduh, kamu bagaikan kawan karib yang tak boleh berpisah. Di sinilah kamu akan mendapati bahawa hubungan itu bukanlah sekadar tanggungjawab, bahkan dia adalah segala-galanya buat kamu.

Airin

Since married, he has been my bestfriend. memang segala bende pun nak share details.

11. Menghargai Masa Bersama

Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia.

Airin

Masa? Im a time keeper kot. kalau lambat, kena bebel. bazir masa ni.. byk tempat len nak pegi. that's why if shopping, my husband ok je. coz I bila shopping x lama memilih. tgk ok je, rembat. tak yah pikey lama2. if x bley pilih mana satu, amik je both. hehehe. ade tak rasa sesak napas shopping dgn I? hehehe
 
Kesimpulannya, trip memang a must! if tak dapat g ober the sea pun, pergi la ober the road. hiks. Even stay in hotel in KL pun ok, asalkan dpt refreshing trip :)
Looking forward for the next trip with Hai-O. fully sponsored, senang, all provided. tinggal nak enjoy the trip and bw duit shopping jew jew..

Sape nak ikut? FREE all in tau! Text me to qualify next trip.

xoxo
airin 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...