Friday, November 2, 2012

Motivation of the day : Ten Powers to Change

While blog hopping, terjumpa this one website by zulpress.com writing about a seminar by Dr Azizan Osman that he attended. Tips received from Dr are Ten Powers to Change (click here for full entry). 
The slogan at my work right now said "Change starts with me". It is true. To be successful, you, yourself need to change. We are no longer in a comfortable situation. We need to wake up and do something that can change our live, our family and our future. If we think about it, right now, are our money in the bank enough for our kids' future, if say something happen to us. Kite tinggalkan duit atau tinggalkan hutang pada anak-anak? Bile pikeykan.. i felt afraid.. we want to have a happy live here, now and There.
Okay, enuff membebel.. let's have a read on the list of 10 Powers to Change.

1. Power Of Gratitude (Kuasa Bersyukur)
Allah berfirman, "Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak bersyukur?". (Yaasin: 73)

Allah berfirman, "Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)
Allah berfirman, "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

We have to be Thankful to Allah. He has given us a lot since we start our live. Alhamdulillah.. InsyaAllah, Allah akan memberi ganjaran to those who bersyukur...


2. Power Of Giving (Kuasa Memberi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah"
 The more you give, the more you getThe more you share, the more you get
Orang yang sentiasa memberi, hidupnya sentiasa diberkati.
Harta kita sebenarnya ialah duit yang kita infaq atau sedekah kepada jalan Allah s.w.t sahaja seperti sedekah kepada masjid, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Ini kerana duit yang telah disedekahkan tersebut akan ditukarkan dalam bentuk pahala yang akan memberikan manfaat kepada kita di alam kubur dan seterusnya di akhirat nanti. Sebab itulah kita akan berkira untuk bersedekah RM10 kepada anak yatim berbanding dengan kita sanggup membelanjakan RM10 untuk meracun diri dengan membeli rokok, ini kerana syaitan akan cuba memujuk kita supaya tidak bersedekah kerana takut jadi papa. Percayalah setiap pagi Allah s.w.t utuskan dua malaikat yang berdoa:" Ya Allah kamu berikanlah ganti harta orang bersedekah dan kamu musnahkanlah harta orang yang bakhil."
I knew some people who always bersedekah. Although he wasn't rich, but he never been in difficulties. Bak kata orang, rezeki tak putus.
"Orang berniaga yang hendak perniagaannya menjadi maju hendaklah ia bersedekah." - a reminder to myself.

3. Power Of Focus (Kuasa Fokus)
Hidup kita dicorakkan oleh apa yang kita fokus setiap hari.
Fokus pada perkara yang baik dan positif, maka kita akan melihat perkara dan hasil yang positif. Situasi sebaliknya juga adalah benar.
Oleh itu, hanya fokus pada apa yang kita mahu, insyaAllah kita akan bekerja kearah apa yang kita mahukan.
Apa yang kita fikir juga adalah doa. Programkan sel otak dan minda bawah sedar kita “Saya Kaya & Berjaya”, insyaallah kita akan menjadi kaya dan berjaya.
What I did was to list down my To Do List. Then I can check off what I've done, and to what I haven't, I'll write what should I do to achieve that.


4. Power Of Dreams (Kuasa Impian)

That slogan was sooo Honda like, right? But the dreams will be powerful if you try to achieve and strive for that.
Impian akan menjadi kenyataan apabila kita menulisnya. Jika tidak, ia hanyalah angan-angan.
I already have my want list. and now, I need to execute and do as what i want. Plan your work and work your plan!

5. Power Of Action (Kuasa Bertindak)

“You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action.” – Anthony Robbins

Pesan Dr. Azizan : Jangan percaya, buat je…Fast action, fast result!
Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yg menunggu.’
“You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result” – Mahatma Gandhi
Like i said previously : Plan your work, and work your plan

6. Power Of Character (Kuasa Karakter)

Karakter yang baik dan menarik membuatkan orang lain tertarik terhadap kita. Peribadi kita, cara kita bertindak, cara kita berinteraksi dan melayan orang lain, cara berpakaian, dan wajah yang ceria adalah antara karakter yang mencerminkan peribadi kita.
Bina karakter dan watak diri yang positif untuk Kaya & Berjaya. Karakter dan akhlak terbaik yang kita perlu contohi adalah karakter dan watak peribadi nabi Muhammad S.A.W.
Be positive! That's what I keep on reminding myself. I need to be a positive person so that people surround me will be positive. What ever that I've been through, those ups and downs, those negative feedbacks, I need to turn that around in positive way. and one more thing, SMILE.
What's wrong with Malaysians? senyum tu kan sedekah... especially early in the morning, susah betul nak tengok people smile. Now, start your day with a SMILE.. baru awet muda..(ding, tips awet muda la plak... hehehe)

7. Power Of Emotion (Kuasa Emosi)

Orang yang kuat, adalah orang yang dapat mengawal emosi marahnya sebagaimana dalam hadis Nabi. Inilah peranan emosi.Kawal emosi untuk kita mengawal diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang. Bertindak dalam keadaan tenang, akan membuahkan hasil yang terbaik.
Untuk mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan tenang, hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan berfikir kesan atau akibat masalah yang dihadapi.
Amalkan berwuduk, berzikir dan membaca al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah Taala, hati akan meniadi tenang.

8. Power Of Teamwork (Kuasa Kerjasama)

Tidak ada orang yang berjaya hanya dengan bersendirian. Kita perlukan bantuan orang lain untuk berjaya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.Kerjasama amat penting dalam sesuatu pasukan. Kerja menjadi lebih cepat dan mudah apabila lebih ramai yang terlibat.Kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Disinilah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas atau leverage.
In this business, I have my team. I have the leader who will show me the way. Alhamdulillah. we are working together. Like shaliza aziz said : buat sama-sama, sama-sama berjaya, sama-sama kaya :) nice!

9. Power Of Contribution (Kuasa Sumbangan)

Sumbangan termasuklah sumbangan ilmu, masa, tenaga, makanan, harta benda dan wang ringgit. Amalan memberi sumbangan dan berkhidmat kepada yang memerlukan akan menambah rezeki dan pahala kita.

Semoga kita menjadi golongan tangan yang diatas iaitu tangan yang memberi walaupun jumlahnya tidak banyak.

10. Power Of Attitude (Kuasa Sikap)

Yes, Change starts with me!
Sikap positif membuahkan keputusan yang positif. Untuk Kaya & Berjaya, kita perlu kaya dengan sikap positif bermula daripada cara fikir (mindset), cara hidup, kaya jiwa dan kaya harta.
My dedicated business partner, Fiza; My beautiful leader, Shaliza and me
If you want to know how I do it in a team, book your appointment today. 017-6511966 airindiana@gmail.com
To retire young and rich, insyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...