Pages

Wednesday, December 4, 2013

Tips Berhenti Merokok

Assalamualaikum semua!

Hari ini bersiaran dalam bahasa melayu ye.


Ditujukan khas untuk kawan-kawan saya di luar sana untuk memahami apa yang saya ingin sampaikan dan moga ia terus ke dalam lubuk hati anda semua. (chewah! poyo sekejap.lol!)


Ok, harini saya ingin berkongsi tips untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Moga tips ini dapat dimanfaatkan lebih-lebih lagi untuk anda yang heavy smoker di luar sana.




  1. Niat dari diri sendiri.Langkah pertama yang harus anda tempuh adalah niat. Cari alasan yang kuat agar anda tidak merokok. Misalnya faktor kesihatan, segan dengan mertua, sayangkan bini dll.
  2. Teguh pada pendirian.
    Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan, buktikan anda seseorang yang berpendirian tetap.
    Eh, takkan dah besar pun boleh terpengaruh dengan rakan-rakan? :|
  3. Cari makanan pengganti rokok.
    Selalu bawa makanan yang biasanya menyebabkan anda tidak ingin merokok. Sebagai contoh gula-gula, chewing gum, mints dll 
  4. Beritahu orang disekitar anda.
    Yang anda sudah berhenti merokok, dengan begitu, orang-orang disekitar anda secara automatik akan menyokong anda (atau memerli. jika perli, apa yg perlu anda lakukan? buktikan yang anda serius)
  5. Kurangkan stres dan nikmati hidup.
    Mungkin 100% perokok setuju yang merokok mengurangkan stres. Mulakan dengan menjalani hidup dengan lebih santai dan disiplin tinggi agar anda tidak kembali lari ke rokok. Hidup ini ternyata lebih indah dengan tidak merokok. Dan, cara paling senang untuk hilangkan stress ialah dengan berzikir. Pahala pun dapat kan?
    tak pun, minum lah Mineral Coffee. Coffee memang boleh reduce stress.
  6. Hindari alkohol dan kurangkan minuman bersoda.
    Minuman bersoda memiliki kadar glukosa yang tinggi, sehingga menggalakkan orang untuk merokok setelah meminumnya
    Pilih untuk minum Fresh Juice.
  7. Kurangkan makanan manis dan perbanyak minum air mineral.
    Kurangkan makanan atau minuman yang terlalu mani. Selain dapat membantu untuk berhenti merokok, boleh jugak mengurangkan serangan penyakit kencing manis atau diabetis. Segelas air mineral sebaik sahaja bangun dari tidur boleh menyegarkan badan dan membuang toxin. 
  8. Demi kesihatan anda dan keluarga.
    Udara yang segar dan bersih di rumah akan melahirkan peribadi yang sihat bagi penghuninya. Maka dengan itu cintailah keluarga dengan berhenti merokok. 
  9. Olahraga.
    Olahraga ringan di setiap pagi dan petang menjadikan badan lebih segar dan dapat mengurangkan kadar stres sehingga anda tidak lagi punya alasan merokok untuk menghilangkan stres 
  10. Bio Velocity Sleep Mate
    Gunakan Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) untuk meneutralkan pH dan gelombang frekuensi dalam badan serta menyahkan toxin. Dengan penggunaan kerap setiap malam, bvsm boleh mengurangkan ketagihan terhadap nikotin dan membantu anda menjadi lebih segar dan sihat tanpa merokok. 
Moga apa yang saya kongsikan di sini boleh membantu anda merealisasikan azam dan impian anda untuk katakan tidak pada ROKOK!

Sharing is caring

xoxo,
Airin

No comments:

Post a Comment